Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

Insiden baling kasut, kerusi dan flare cemari NTH 2.0

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 OGOS: Program Nothing To Hide (NTH) 2.0 yang berjalan lancar bertukar menjadi kecoh sehingga acara terpaksa dihentikan.

Kekecohan berlaku apabila beberapa individu membaling kasut, kerusi dan ‘flare’ ke arah Tun Dr Mahathir yang sedang berucap.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada penyokong bertindak balas dengan membaling kerusi di dalam dewan.

CP2A1678-1024x682Bagaimanapun, sehingga kini tiada kecederaan dilaporkan dan api juga sempat dipadam.

Terdahulu, NTH 2.0 berlangsung tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti program sulungnya dua tahun lalu.

Najib sekali lagi gagal memenuhi undangan Tun Dr Mahathir  yang ingin menjadikan pentas tersebut sebagai medan perdana menteri dan beliau menjawab segala isu yang berlaku di bawah pentadbiran kedua-dua pemimpin itu.

Oleh itu, program tersebut hanya menempatkan Dr Mahathir seorang diri di atas pentas sebagai ahli panel.

Laporan selanjutnya selepas ini.


Pengarang :