Selangorkini
NASIONAL

Institusi keluarga bukan bina ‘robot’, Putrajaya disaran kaji dasar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 OGOS : Agensi penguatkuasaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dilatih secara efektif bagi mengilap potensi dan keupayaan pegawai melaksanakan pindaan perundangan baru di bawah Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (2).

Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaksanaannya sebagai jaminan pembentukan institusi kekeluargaan yang lebih dominan dan harmoni.

“Sekiranya kementerian dapat memberikan jaminan, ia bukan sekadar pindaan yang diberikan perhatian tetapi satu usaha secara holistik untuk memastikan pelaksanaannya dan penguatkuasaannya dapat berjalan dengan baik dan lancar.

azmin-parlimen“Saya percaya hasrat kementerian membangunkan sebuah institusi keluarga ini tercapai. Saya yakin ia mendapat dukungan daripada masyarakat di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga Pindaan (2) di Dewan Rakyat, pada 25 Julai lalu.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan rang undang-undang sedia ada perlu dilaksanakan bagi mengukukuhkan pembangunan institusi kekeluargaan negara.

Mohamed Azmin berkata, penggubalan undang-undang sedia ada perlu diperkemas bagi memastikan inisiatifnya dapat dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

“Kita bukan sekadar membangunkan mesin ataupun robot. Kita ingin membangunkan sebuah institusi keluarga, maka untuk mengubah kehidupan sebuah keluarga dan kehidupan rumah tangga secara holistik, agensi-agensi penguat kuasa berwajib mestilah diberikan sumber yang adil dan berpatutan.

“Agensi ini harus disiapkan latihan yang dapat mengangkat dan mengilap potensi dan keupayaan pegawai-pegawai untuk melaksanakan pindaan akta ini dan juga penyeliaan mencukupi bagi kita melaksanakan undang-undang ini,” katanya.

Katanya, ia termasuklah tumpuan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Khidmat Krisis Sehenti di hospital awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Peguam Negara.


Pengarang :

Related posts

Kehilangan Kay Kim detik paling suram dunia akademik dan sejarah

Cuti tanpa rekod sempena Songkran iktiraf peranan masyarakat Siam

Mohd Naeem Mohamad Raffi

Dr Asri : Semua Pihak Harus Diberi Peluang Sama Rata Untuk Wadah Politik

admin