Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Isu bekalan air di Puchong Prima

Perkara pengambilan bekalan air dari Tangki Air Puchong Prima ke pembangunan baharu di kawasan tersebut seperti yang disiarkan dalam Selangorkini pada 28 Ogos 2017 adalah dirujuk.

Untuk makluman, sistem bekalan air di Puchong Prima ini diambilalih oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (kemudiannya SYABAS) daripada pemaju kawasan ini pada tahun 1999.

SYABAS telah meluluskan permohonan pelan sistem bekalan air luaran kepada pemaju pembangunan 4 blok pangsapuri perkhidmatan baharu (Masteron) setelah mengkaji permintaan dan bekalan bagi pihak-pihak yang terlibat di sini.

https://selangorkini.my/2017/08/penduduk-bantah-pengambilan-air-tangki-puchong-prima/

https://selangorkini.my/2017/08/adn-dan-mp-senada-sokong-bantahan-penduduk-puchong-prima/

Oleh kerana pembangunan baharu ini bercirikan “high-rise” (rumah bertingkat), SYABAS mensyaratkan pihak Masteron membina sistem tangki dalaman persendirian dengan 2-hari simpanan.

Berdasarkan sistem tangki dalaman yang akan dibina bagi blok-blok pangsapuri baharuini, bekalan air kepada penduduk Puchong Prima tidak akan terjejas.

 

* Dikeluarkan oleh: Amin Lin Abdullah, Ketua Komunikasi Korporat,Kumpulan Air Selangor


Pengarang :