Selangorkini
NASIONAL

Kebebasan erti sebenar kemerdekaan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OGOS: Kebebasan merupakan antara ciri penting sebuah kemerdekaan dengan syarat dikawal dengan peraturan.

Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Dato’ Dr Siddiq Fadzil berkata, kebebasan itu perlu dinikmati semua sebagai sebuah bangsa negara merdeka.

“Erti kemerdekaan sebenar adalah bangsa dan rakyat yang menikmati kebebasan. Haiwan dan tumbuhan juga memerlukan kebebasan.

“Kebebasan adalah hak tabii (semulajadi) untuk semua,” katanya.

IMG_20170822_120612Beliau berkata demikian pada Syarahan Kemerdekaan Sempena Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Perpustakaan Raja Tun Uda.

Dr Siddiq merupakan penulis naskah Memperingati Kemerdekaan: Mensyukuri Nikmat, Menginsafi Amanat yang diterbitkan kali ketiga oleh IDE.

Naskah pertama buku ini diterbitkan Akademi Kajian Ketamadunan pada 2007 sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali ke-50.

Dalam syarahannya, beliau turut melontarkan kritikan sosial khususnya bangsa Melayu sebuah bangsa merdeka.

Katanya, bangsa Melayu seharusnya mempunyai sifat malu dan kesedaran yang tinggi supaya tidak mudah diperlakukan sewenangnya.

Selain itu, Dr Siddiq turut menyatakan pilihan raya seharusnya dijadikan sebagai medan kematangan masyarakat dan bukannya medium memperbodohkan rakyat dalam politik.

=EZY=


Pengarang :