Kerja padam kebakaran diteruskan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

Kerja padam kebakaran diteruskan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 OGOS: Kerja memadam kebakaran di hutan simpan Bestari Jaya masih diteruskan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, kerja memadam dan kawalan kebakaran masih berbaki 10 hektar ekoran terdapat empat lokasi kecil bermula dari Parit 1 hingga Parit 4.


Katanya, Jabatan Perhutanan Negeri mengesan empat lokasi kebakaran di kawasan terjejas dan pemantauan berterusan dilaksanakan.

“Keadaan cuaca setakat ini panas dan berangin, manakala kerja memadam kebakaran masih terkawal dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Kita juga menggunakan drone UAV bagi membantu melihat keseluruhan kawasan terjejas di hutan itu dengan lebih jelas,” katanya yang juga Pengerusi Bencana Daerah Kuala Selangor.

SHAMSULShamsul berkata, ketika ini tumpuan kawalan kebakaran tertumpu di jalan darat sahaja dan kaedah ‘water bombing’ dihentikan kerana operasi setakat ini masih terkawal.

Beliau menjangkakan operasi memadam kebakaran boleh dihentikan dalam tempoh seminggu lagi bagi memastikan api padam sepenuhnya.

Ahad lalu, hutan simpan seluas 120 hektar itu terbakar di kompartment 100,101 dan 102 dipercayai diceroboh individu bagi tujuan memancing.

Ia berpunca daripada unggun api yang tidak dipadam dengan sempurna selain faktor cuaca panas.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next