KL2017: Sultan Mizan terpaksa tarik diri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

KL2017: Sultan Mizan terpaksa tarik diri

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 OGOS: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengumumkan penarikan diri daripada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas kuda peliharaan baginda tidak sihat.

Baginda dijadualkan beraksi dalam acara ekuestrian kategori endurance di Kuala Terengganu, 20 Ogos ini membuat keputusan itu demi kebaikan pasukan.


Perkara itu diumumkan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, semalam.

SULTAN MIZAN“Saya percaya ia merupakan keputusan sukar memandangkan baginda komited berlatih setiap hari dan bangun seawal jam 5 pagi untuk menjalani latihan,” katanya.

Kemunculan baginda dalam KL2017 pastinya bakal mencuri tumpuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas mengesahkan penyertaan bulan lalu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next