Selangorkini
GLOBAL

Korea Selatan kaji bina kapal selam berkuasa nuklear

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 27 OGOS: Korea Selatan memulakan penyelidikan dan penilaian untuk membina kapal selam berkuasa nuklear ketika mana ancaman Korea Utara terhadap peluru berpandu semakin meningkat, kata sumber Kerajaan Korea Selatan.

Agensi Berita Korea Selatan YONHAP NEWS melaporkan, tentera laut Korea Selatan menugaskan sebuah institut swasta untuk mencari penyelesaian terhadap sekatan antarabangsa dalam pembinaan kapal selam berkuasa nuklear dengan keputusannya pada awal tahun depan.

Kerajaan Korea Selatan dan tentera bakal membina kapal selam berkuasa nuklear itu berdasarkan kajian dan penilaian dibuat institut itu.

Tindakan itu disebabkan peningkatan aktiviti Korea Utara yang membangunkan peluru berpandu balistik jarak sederhana dan jauh yang berkeupayaan membawa senjata nuklear.

Korea UtaraKemajuan Korea Utara dalam membangunkan peluru berpandu itu memberikan ancaman kepada Korea Selatan kerana ia semakin sukar untuk mengesan pelancaran peluru berpandu itu serta masa untuk respon tindak balas.

Pakar-pakar memberikan cadangan pembinaan kapal selam berkuasa nuklear itu untuk menghadapi ancaman daripada Korea Utara.

Desakan semakin meningkat daripada pegawai kerajaan dan ahli politik termasuk Menteri Pertahanan Song Young-moo untuk meneruskan pembinaan kapal selam berkuasa nuklear itu.

Tetapi sesetengah pakar mengatakan bahawa mungkin terdapat sekatan dalam berbuat demikian, memetik kata Presiden Moon Jae-in berhubung dasar bebas tenaga nuklear dan pakatan nuklear antara Seoul dan Washington.

Tentera Korea Selatan dilaporkan mempunyai keupayaan membina reaktor nuklear kecil untuk menjana kapal selam berkuasa nuklear namun masih berhadapan kekangan terhadap keselamatan penggunaan uranium.

Pakatan tenaga atom 2015 di antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat membenarkan Seoul membuat uranium yang diperkaya pada tahap rendah yang boleh digunakan sebagai bahan bakar.

Kapal Selam NUK 1Penganalisis berkata bahawa perjanjian itu membolehkan Seoul untuk memperkayakan uranium pada tahap yang rendah untuk tujuan “damai”.

Korea Utara minggu lalu mengeluarkan gambar yang menunjukkan bahawa ia sedang membangunkan apa yang dipanggil peluru berpandu balistik strategik Pukguksong-3  di bawah air.

Penganalisis menganggarkan bahawa peluru berpandu itu mungkin menggunakan bahan api baru SLBM, yang mungkin mempunyai jarak 2,000-2,500 kilometer.

=EZY=


Pengarang :