Selangorkini
PBT SELANGOR

KPI 100%, MBSA terima anugerah 5 Bintang

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dianugerahkan 5 Bintang dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor atas pencapaian 100 peratus dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS 2016.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pengiraan KPI diambil melalui enam submodul ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya, submodul itu ialah perjawatan, pemurnian data, sasaran kerja tahunan, laporan nilaian prestasi tahunan, pengisytiharan harta dan penamatan perkhidmatan.

“Kita percaya melalui anugerah ini, MBSA akan lebih bermotivasi memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

“Pengiktirafan ini juga akan mendorong warga kerja untuk terus mengekalkan tahap cemerlang dalam mengemaskini aplikasi submodul HRMIS menjadi antara yang terbaik dalam kalangan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, pihaknya menerima anugerah itu sempena Mesyuarat Pengurus Sumber Manusia Pentadbiran Kerajaan Selangor dan Agensi di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor dan PBT.

WhatsApp Image 2017-08-09 at 8.47.01 PM


Pengarang :