Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

KPKT mula kutip sewa, penduduk Lembah Subang 1 ditekan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 3 OGOS: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Taman Putra Damai tertekan apabila ‘dipaksa’ membayar sewa rumah kepada Pejabat Pengurusan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang beroperasi secara haram, sejak dua bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Blok A, B, C Fasa 2, Taman Putra Damai Petaling Jaya, Aziz Hashim berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak pernah menyerah kuasa pengurusan pangsapuri terbabit kepada mana-mana pihak termasuk KPKT.

“Sebelum KPKT mengeluarkan bil, mereka juga dipercayai menghantar notis berbaur ugutan kepada penduduk supaya berkerjasama dengan menerima tawaran mendiami unit PPR daripada KPKT, sedangkan kami sudah menerima tawaran sah daripada MBPJ.

“Setahu kami, pada masa ini MBPJ masih lagi pengurus sah pangsapuri ini, jadi mengapa kena bayar kepada KPKT?” katanya kepada SelangorKini.

Semakan mendapati notis terbabit bertulis:

“Semua pemohon rumah PPR Lembah Subang 1 Taman Putra Damai yang berjaya mohon mengambil surat tawaran dari Pejabat Pengurusan KPKT sebelum 15 Julai 2017.

20170801_233742“Manakala bagi individu yang sudah mengambil surat tawaran hendaklah dikembalikan sebelum 22 Julai 2017. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan unit ini diisytiharkan kosong dan terbuka untuk permohonan baru.”

Notis terbabit disebar melalui Whatsapp pada atau sebelum 15 Julai lalu.

Aziz berkata, notis itu menyebabkan beberapa penduduk yang bimbang membayar RM124 untuk sewa bulanan dan RM30 lagi bagi duti setem.

Bagaimanapun, katanya, beberapa penduduk yang membayar kemudiannya cuba menuntut kembali wang masing-masing apabila melihat tindak tanduk dan prosedur ‘pengurusan baru’ yang mencurigakan tetapi gagal.

“Antaranya termasuk prosedur bayaran dengan pengurusan KPKT akan memberi wang pos kosong kepada penyewa untuk membayar di pejabat pos.

“Wang itu juga dipercayai dikreditkan dalam akaun individu tertentu seperti penama dalam surat tawaran dengan tanpa resit sempurna bersesuaian taraf sebuah kementerian,” katanya.

Lebih mencurigakan, katanya, walaupun Pengurusan KPKT menampal notis beberapa nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku masalah berkaitan penyelengaraan, namun tiada tindakan diambil.

Selain itu, persatuan penduduk juga mendakwa Pengurusan KPKT melantik beberapa individu di setiap blok kononnya mewakili penduduk blok masing-masing.

“Mereka dakwa sudah ambil alih tetapi bila ada penduduk buat aduan berkenaan lif misalnya, tiada tindakan dibuat. Malahan hingga kini MBPJ masih lagi menyelenggara lif yang ada,” katanya.

20170801_233621


Pengarang :