Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Ku Nan kata Selangor ‘Gila’, ini reaksi netizen

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OGOS: Netizen di laman Facebook Rasmi Media Selangor mengingatkan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya berpijak pada bumi nyata dan jangan terlalu mendongak langit.

Reaksi ketidakpuasan hati netizen itu berkait dengan kenyataan Tengku Adnan yang menyifatkan rakyat Selangor sebagai ‘Gila’ kerana terus memilih Pakatan sebagai Kerajaan Negeri.

Sebaliknya, netizen mendakwa keadaan rakyat dan pembangunan Selangor lebih sejahtera di bawah kepimpinan Pakatan yang kini diterajui Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kami rakyat Selangor bahagia di bawah pemerintahan parti pembangkang. Semua lapisan fahaman politik dapat menikmati kemudahan percuma yang diberikan. Bukan macam parti UMNgok tu. Bagi BRIM pun pilih orang, semuanya naik saja, ada hati nak kutuk kami rakyat Selangor,” kata seorang netizen.

Ku NanTerdahulu, Tengku Adnan yang juga digelar Ku Nan dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Petaling Jaya Utara menyifatkan rakyat Selangor sebagai ‘Gila’ kerana memberi mandat kepada Pakatan menerajui Kerajaan Negeri setelah Barisan Nasional melakukan pembangunan termasuk rizab yang didakwanya berbilion ringgit.

Untuk rekod, kekayaan Selangor hari ini merupakan hasil tadbir urus telus dan berintegiri diamalkan Pakatan sejak mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2008, seterusnya menambah rizab negeri hampir RM4 bilion kini, berbanding hanya RM400 juta ditinggalkan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

“Sudah lah Nan. Rizab berbilion kerajaan sekarang yang kumpul. Dah banyak itu yang kau nak rebut. Kalau Be eNd (BN) pegang Selangor rasanya RM146 juta hutang Kerajaan Negeri. Okay lah malas nak kata, tetapi nak kata juga #Silameninggal,” kata seorang lagi.

Selain rizab tinggi, netizen turut mengakui Selangor menawarkan pelbagai program kebajikan dan projek pembangunan untuk kesenangan rakyat.

“Orang macam ini tak tahu yang Selangor ada pelbagai perkhidmatan dan kemudahan terbaik untuk rakyatnya. Orang seperti ini hanya tahu merungut sana sini,” tulis netizen dengan hashtag #selangorsampaimati.

10.05 Pelancaran Karnival Inisiatif Peduli Rakyat KD (REMY)Secara sinis, ada juga yang bersetuju dengan kenyataan Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu.

“Ya. Memang rakyat Selangor ni gila, gila pada pentadbiran yang telus dan utamakan rakyat. Dan rakyat Selangor tidak cukup gila untuk kembali pada pentadbiran yang terang-terang mengaut keuntungan daripada rakyat,” kata netizen lain pula.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri menawarkan pelbagai program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti program air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Pengajian IPT, Skim Mesra Usia Emas, Skim Hijrah, Bas Smart Selangor dan Peduli Sihat serta Rumah Selangorku.


Pengarang :