Kutip cukai rakyat, Putrajaya wajar laksana pendidikan percuma | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Kutip cukai rakyat, Putrajaya wajar laksana pendidikan percuma

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 13 OGOS : Kerajaan Persekutuan mempunyai kemampuan melaksanakan pendidikan percuma ekoran langkah mengutip pelbagai cukai daripada rakyat yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan kini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sektor pendidikan merupakan tangungjawab Kerajaan Persekutuan yang menuntut Putrajaya memastikan setiap anggota masyarakat mendapat pendidikan sebaiknya di negara ini.


“Sektor pendidikan di bawah tangungjawab Kerajaan Persekutuan dan bukannya negeri, namun pada masa sama Persekutuan pula kini mengutip pelbagai cukai dan kutipan itu wajar disalurkan kepada rakyat dalam bentuk kualiti pendidikan.

CP2A1101-1024x683“Ia juga termasuklah pelaksanaan pendidikan percuma di seluruh Malaysia, namun perkara itu tidak berlaku di bawah Kerajaan Umno Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita pada majlis di sini, pagi ini.

Namun, di peringkat Kerajaan Negeri, Mohamed Azmin mendedahkan komitmen pentadbiran Selangor membangunkan agenda pendidikan negeri dengan melaksanakan pelbagai dasar pendidikan demi manfaat masyarakat seluruh negeri.

“Melalui keterbatasan yang ada, Kerajaan Negeri ambil inisiatif untuk bantu anak-anak Selangor bukan sahaja di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

“Kita perluaskan pelbagai inisiatif kepada empat universiti yang terletak di Selangor menerusi tawaran biasiswa dan bantuan pendidikan lain untuk anak Selangor,” katanya.

Empat institusi pengajian tinggi itu adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

unisel032Terdahulu, Kerajaan Negeri lebih awal melaksanakan agenda pendidikan percuma sebagaimana manifesto pilihanraya lalu dengan memperkenalkan Skim Dermasiswa membabitkan mahasiswa di UNISEL.

Terdahulu, Skim Dermasiswa diperkenalkan sebagai program perintis pendidikan percuma di bawah bidang kritikal dan strategik.

Ia merangkumi peringkat pengajian Sains dan Teknologi Maklumat peringkat asasi bagi lanjutan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di UNISEL.

Tawaran terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf.

UNISEL sebelum ini membelanjakan lebih daripada RM912,000 bagi kemasukan pengajian pendidikan percuma bagi sesi Mei 2016 lalu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next