Selangorkini
PBT SELANGOR

Kutipan hasil 2016 MPK RM239.8 juta, lebihan RM37 juta

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Sehingga 30 Jun 2017, Majlis Perbandaran Klang (MPK) sudah berjaya memperolehi kutipan hasil sebanyak RM120.3 juta iaitu lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kutipan dicatatkan pada 2016.

Yang Dipertua (YDP) MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, pada 2016 MPK berjaya memperolehi kutipan hasil sebanyak RM239.8 juta dengan lebihan sebanyak RM37 juta.

“Justeru MPK akan terus menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang mengutip punca hasil sedia ada dan meneroka mekanisme baru untuk menjana sumber kewangan,” katanya.

Mohamad Yasid berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan Kepada Pesara 2016 MPK di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini, malam tadi.

Jelasnya, kejayaan itu merupakan hasil kerja keras dan penuh berintegriti semua warga kerja MPK.

Beliau berharap semua warga kerja meningkatkan lagi mutu kerja dan kecemerlangan sekaligus meningkatkan keyakinan masyarakat di Klang.

=EZY=


Pengarang :