Selangorkini
SELANGOR

Langgar syarat peniagaan, kompaun maksimum RM1000

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 9 OGOS: Peniaga melanggar syarat lesen perniagaan berdepan tindakan kompaun sehingga maksimum RM1,000 dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, dalam satu operasi dijalankan pihaknya mendapati ramai peniaga meletakkan kerusi dan meja di petak parkir, memasak di kaki lima kedai dan juga operasi pusat siber.

Mohamad Zain berkata, pihaknya serius membendung perkara itu bagi menjamin keselamatan orang awam dari risiko kemalangan dan insiden tidak diingini semasa menikmati makanan.

WhatsApp Image 2017-08-08 at 4.27.18 PM“Situasi ini memberikan kesan negatif kepada MDKL dan peniaga yang terlibat bermaharajalela menjalankan perniagaan dikawasan yang salah,” katanya dalam kenyataan.

Bagi kesalahan meletak kerusi, meja dan dapur di tempat yang tidak dibenarkan, pemilik perniagaan boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 46 (1) d Akta 133 iaitu maksimum RM500 bagi kesalahan pertama dan RM1,000 bagi kesalahan berikutnya.

Manakala bagi kesalahan membenarkan pelanggan di bawah umur 12 tahun berada di pusat siber tanpa ditemani ibu bapa atau penjaga yang sah, peniaga boleh dikenakan kompaun di bawah UUK 22 UUK Pusat Siber Dan Kafe Siber MDKL 2007 iaitu kompaun maksimum RM1000.

Dalam operasi itu baru-baru ini, anggota penguatkuasa cawangan Bandar Saujana Putra mengeluarkan 19 kompaun antaranya 11 notis bagi kesalahan meletakkan kerusi meja, halangan dapur sebanyak 7 notis dan pusat siber 1 notis.

“Semua peniaga di daerah ini diingatkan untuk mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan MDKL bagi mengelak tindakan kompaun dikenakan,”katanya.


Pengarang :