Selangorkini
NASIONAL

Lantikan politik KEADILAN terus berkhidmat di Kelantan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 OGOS: Lantikan politik KEADILAN di Kelantan akan terus berkhidmat selaras dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob bahawa Kerajaan Negeri masih memerlukan kerjasama mereka dalam pentadbiran.

keadilanPengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, keputusan itu dicapai selepas Mesyuarat Biro Politik Pusat yang turut dihadiri wakil Majlis MPN termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita, semalam.

“Biro Politik Pusat dimaklum dan diberikan penjelasan berkenaan senario politik semasa, di Kelantan. Mereka mengambil maklum dengan maklum balas yang dikemukakan dan bersetuju saya dikekalkan sebagai Pengerusi MPN Kelantan.

“Lantikan politik kepada anggota KEADILAN oleh Kerajaan Kelantan dikekalkan atas alasan yang mengeluarkan kenyataan bahawa mereka masih memerlukan kerjasama KEADILAN dalam pentadbiran,” katanya.

Dalam kenyataannya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Biro Politik Pusat yang memberikan kepercayaan untuk terus memimpin MPN Kelantan serta akan terus komited untuk memperkukuh kedudukan KEADILAN di negeri itu khususnya dalam menghadapi PRU-14.


Pengarang :