Selangorkini
SELANGOR

LZS gesa penggubal kurikulum tekan ibadah zakat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggesa penggubal kurikulum membantu mencari solusi dalam memberi penekanan mendalam berhubung ibadah zakat dari peringkat akar umbi kepada umat Islam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussin Mohd Ali berkata, hal itu bagi menimbulkan kesedaran sekaligus membolehkan umat Islam menjadi pembayar zakat.

Katanya, berbanding Rukun Islam lain, kefahaman menunaikan zakat sangat rendah dalam kalangan masyarakat di negara ini.

ketua-pegawai-eksekutif-lzs-hussin-mohd-ali“Tahun lalu, LZS mengutip RM674 juta, daripada jumlah itu RM500 juta merupakan pembayar individu.

“LZS menjangkakan sekiranya 1.5 juta yang layak membayar zakat itu berbuat demikian, LZS mampu mengutip RM3.8 bilion setiap tahun,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017, di Hotel Bluewave di sini.

Hussin berkata, pihak bertanggungjawab juga perlu mengetengahkan perkara ini di sekolah mahupun Intitusi Pengajian Tinggi dengan memperkenalkannya sebagai subjek khusus.

Pada masa sama, beliau berkata sebagai sebuah negeri maju, Selangor perlu menjadi peneraju dan memainkan peranan utama dan menjadi contoh kepada negeri lain dalam usaha ini.

bayaran-zakat“Bagaimanapun, tahap kesedaran dan pemahaman umat Islam di negeri ini masih cetek. Oleh itu, pelbagai usaha yang dilakukan LZS dalam hal ini.

“Aktiviti pengurusan zakat bukan lagi menjadi pelakon tambahan tetapi aktiviti ekonomi arus perdana setiap negeri ketika ini.

“Selangor perlu kedepan bagi memberikan contoh kepada negeri lain sekaligus dapat memberikan impak besar khususnya pembangunan negeri dan membantu menyelesaikan masalah ekonomi asnaf Selangor,” katanya.


Pengarang :