Selangorkini
AGAMA SELANGOR

LZS kutip RM23.6 juta zakat fitrah 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip sebanyak RM23.6 juta zakat fitrah bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussin Mohd Ali berkata, melalui jumlah itu sebanyak 3.4 juta pembayar direkodkan membayar zakat fitrah itu di negeri ini.

Katanya, jumlah itu meningkat daripada tahun lalu iaitu sebanyak RM22.2 juta pada 2016 dan RM21.5 juta pada 2015.

“Kefahaman umat Islam berhubung zakat fitrah lebih tinggi berbanding zakat harta. Oleh itu, kutipan zakat harta terlalu rendah daripada nilai sepatutnya dikutip.

“Disebabkan kurangnya fahaman terhadap kewajipan berzakat, umat Islam hanya membayar zakat fitrah sedangkan zakat mempunyai dua kategori iaitu fitrah dan harta,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017 di Hotel Bluewave, di sini.

Sebelum ini, Hussin memaklumkan belia di negeri ini merupakan golongan terendah menjadi pengeluar zakat harta.


Pengarang :