Masalah tayar halang Zaqhwan naik podium | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Masalah tayar halang Zaqhwan naik podium

SHAH ALAM, 13 OGOS: Masalah tayar menjadi penghalang buat Mohd Zaqhwan Zaidi meraih podium pada Perlumbaan 1 SuperSports 600cc di Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC)  yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini.

Zaqhwan bagaimanapun gagal meneruskan aksi cemerlangnya sepanjang sesi latihan dan kelayakan.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu muncul pelumba terpantas dalam kesemua sesi latihan dan pusingan kelayakan dan memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama.


Zaqhwan - gridNamun,Zaqhwan terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan akhir di kedudukan keempat dengan masa keseluruhan 24’17.082s.

Menurutnya, dia bermula dengan baik, namun mengalami kesukaran mengekalkan kedudukan di kelompok hadapan.

“Mungkin pelarasan saya gunakan tidak begitu baik menyebabkan tayar mengalami masalah meskipun memilih jenis tayar yang sama dengan pelumba lain.

“Keadaan cuaca lebih sejuk berbanding ketika sesi kelayakan. Saya akan melakukan sedikit perubahan terhadap jentera dan akan bekerja lebih keras untuk menaiki podium dalam perlumbaan kedua esok,” katanya.

Akid in podiumSeorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh kekal di tangga teratas keseluruhan dengan 111 mata diikuti Hada, 94 mata dan Zaqhwan, 93 mata.

Pelumba muda negara, Md Akid Aziz (Uma Racing Yamaha Maju Motor) menghadiahkan kemenangan buat kontinjen negara setelah menjuarai perlumbaan Underbone 150cc dengan masa 18’46.517s untuk terus kekal di tangga teratas keseluruhan dengan 118 mata.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next