Selangorkini
SELANGOR

MB: Sedia beri kerjasama, tiada sebab untuk lari

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kerajaan Negeri bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan isu penyelesaian tunggakan Universiti Selangor (UNISEL).

Isu terbabit didakwa berlaku terhadap proses pembayaran bagi penyelesaiannya dilakukan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) kepada Jana Niaga Sdn Bhd dengan jumlah RM16 juta.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tiada sebab untuk Kerajaan Negeri tidak mengelak diri kerana telah bersedia dengan bukti kukuh diperlukan.

“Itu memang pendirian Kerajaan Negeri daripada awal (untuk bekerjasama).

“Oleh kerana keyakinan kita telah melakukan sesuatu mengikut peraturan dan peruntukan sedia ada.

“Tiada sebab untuk kita lari daripada memberikan keterangan dan bukti yang ada,” katanya kepada media di sini, hari ini,.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mempunyai hujah cukup kukuh dan mantap mengenai isu itu dan meneyerahkan kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.

Katanya, semua proses yang berlaku adalah proses terbuka yang telus dan menjamin kepentingan negeri termasuk MBI serta Unisel.

“Tidak mengapa kerana masing-masing boleh buat siasatan atau laporan,” katanya mengulas laporan dibuat Pemuda Umno Kelana Jaya terhadap isu itu kepada SPRM.

=EZY=


Pengarang :