MB teroka juadah tradisional Kelantan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

MB teroka juadah tradisional Kelantan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 13 OGOS : Pesta Makanan Tradisional Kelantan yang diadakan di Dewan Beringin Taman Seri Gombak di sini, berlangsung meriah dengan sajian hidangan 68 jenis juadah tradisional negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menariknya, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut hadir memeriahkan program berpeluang mencuba juadah tradisional ‘Nasi Tumpang’ yang cukup sinonim dengan masyarakat Kelantan.


Sebelumnya, Mohamed Azmin bersama isteri, Datin Seri Shamsida Taharin tiba di sini diiringi Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

CP2A0341-1024x683Antara hidangan asli Kelantan tersedia termasuklah Nasi Tumpang, Chacho Puteri Mandi, Sira Labu Nasi Hujan Panas, Ketupat Sotong, Butir Nangka, Akok, Keresek Jantung Pisang, Budu Ikan Tawar, Cek Mek Molek dan Tahi Itik.

Terdahulu, penganjuran pesta berkenaan diadakan bagi memperkenalkan tradisi makanan negeri itu kepada masyarakat Selangor.

Ia dianjurkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kelantan dan didukung sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor.

CP2A0838-1024x683Sementara itu, Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut hadir memeriahkan upacara program.

Dalam perkembangan itu, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah meluangkan masa meninjau sendiri resipi penyediaan masakan Kelantan selain cuba memasak hidangan asli negeri itu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next