Selangorkini
GLOBAL

Militan Islam radikal di Gaza serang Hamas

SHAH ALAM, 17 OGOS: Seorang pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah pusat kawalan keselamatan Hamas di selatan Gaza awal pagi waktu tempatan hari ini, kata satu sumber yang menyifatkan serangan itu sebagai sangat jarang dilakukan militan Islam kepada kumpulan Palestin itu.

“Awal pagi ini pasukan keselamatan menahan dua orang yang menghampiri sempadan selatan (dengan Mesir),” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan, lapor Malaysia Insight.

“Salah seorang daripada mereka meletupkan diri, membunuh dirinya sendiri, mencederakan seorang lagi penyerang dan seorang pegawai keselamatan.”

Muslim worshippers pray outside Damascus Gate, a main entrance to Jerusalem's Old City, on July 14, 2017, after the Al-Aqsa mosque was closed for Friday prayers by Israeli authorities following a shooting attack in the area. Two Israeli police officers shot when Arab assailants opened fire in Jerusalem's Old City have died from their wounds, authorities said. / AFP PHOTO / Thomas COEX
Gambar: AFP

Kenyataan turut mengatakan mereka yang cedera sudah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Saksi mengatakan ratusan anggota keselamatan dikerahkan ke sempadan selepas kejadian itu, di sempadan Gaza dan Mesir.

Pasukan keselamatan Gaza menyatakan, penyerang dipercayai seorang militan Islam radikal.

Hamas sudah mentadbir Tebing Gaza selama sedekad tetapi sering dikritik kumpulan radikal kawasan itu tetapi kejadian terbabit adalah serangan bunuh diri pertama yang menyasarkan pasukan keselamatan Hamas, di Gaza.

Hamas ketika ini sedang mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Mesir dalam usaha memperbaiki hubungan dengan Cairo.

Israel, sebuah lagi negara yang bersempadan dengan Gaza pula sudah mengenakan sekatan kepada Gaza dalam usahanya menekan Hamas.


Pengarang :