Selangorkini
PBT SELANGOR

MPS peringat bayar tunggakan cukai taksiran

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kini giat menjalankan operasi sitaan terhadap pemilik harta yang gagal melunaskan tunggakan cukai taksiran masing-masing.

Pengarah Jabatan perancangan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, sehingga 31 Julai lalu, sejumlah RM30.06 juta tunggakan cukai itu masih belum dijelaskan oleh pemegang harta.

“Operasi ini akan dilaksanakan selepas pemilik hartanah diberikan notis peringatan yang dikeluarkan bermula April lalu.

“Operasi Tindakan Sitaan ini akan dijalankan setiap minggu sepanjang Julai dan Ogos ini di kawasan-kawasan yang dikenalpasti,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Zin mengingatkan penduduk supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan tindakan sitaan di ambil ke atas pegangan masing-masing.

“Bagi memudahkan pemilik harta menjelaskan bayaran cukai taksiran, MPS ada menyediakan pelbagai kemudahan bayaran di kaunter-kaunter bank dan atas talian,” katanya.

Beliau berkata MPS turut membuka kaunter bayaran di setiap Pejabat Cawangan MPS dan melalui kaunter bergerak secara berjadual mengikut kawasan yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Hasil MPS di talian 03-61265966/63/64 atau layari www.mps.gov.my.

=EZY=


Pengarang :