MPS terima lawatan delegasi Bangladesh dan SooChow University | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

MPS terima lawatan delegasi Bangladesh dan SooChow University

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima lawatan 26 delegasi Kerajaan Tempatan Bangladesh dan empat pelajar pasca ijazah dari Universiti SooChow Taiwan, baru-baru ini.

Menurut MPS, tujuan lawatan itu adalah untuk mempelajari struktur dan pentadbiran kerajaan tempatan selain berkongsi pengalaman serta idea dalam pengurusan perbandaran kedua-dua negara.


Selain itu, Kerjasama dua hala itu dilihat dapat mewujudkan suasana baru dalam pentadbiran serta perkhidmatan MPS.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan MPS oleh Timbalan Yang Dipertua, Dato’ Juhari Ahmad diikuti sesi perkongsian dan soal jawab.

Delegasi tersebut terdiri daripada pegawai pentadbiran awam dan juga wakil majlis kesatuan dari sembilan daerah Bangladesh diketuai Timbalan Setiausaha, Kementerian Kerajaan Tempatan Bangladesh, Md Jahid Hussain dan Penolong Kanan Setiausaha, Bahagian Kerajaan Tempatan Bangladesh, Dr Syeda Nawshin Parnini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next