MPSJ contohi dasar Jepun, urus pengasingan sampah domestik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

MPSJ contohi dasar Jepun, urus pengasingan sampah domestik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 8 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan dasar pandang ke Timur dengan mencontohi Jepun dalam melestarikan perbandaran hijau di kawasan pentadbirannya.

Timbalan Yang Dipertua, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, usaha itu dilaksanakan berpandukan komitmen dijayakan negara matahari terbit itu menguruskan sisa pengasingan sampah secara berkesan.


Beliau berkata, inisiatif negara itu menguruskan sisa pepejal wajar dilaksanakan secara berperingkat demi kelangsungan jangka panjang komuniti.

“Jepun mengamalkan pengasingan sampah lebih awal sekitar 30 atau 40 tahun lebih awal, malah pengasingan sampah dibuat tidak mengikut tiga kategori (kertas, plastik, tin) seperti di negara ini.

MPSJ“Tetapi setiap sampah diasingkan mengikut 30 kategori dan dibuang mengikut hari-hari tertentu mengikut piawaian ditetapkan di negara mereka.

“Malah tindakan saman juga dikenakan terhadap mereka yang membuang sampah, namun di Malaysia ‘budaya’ rakyat kita pula sebaliknya,” katanya.

Mohd Zulkurnain berkata, masyarakat perlu diberikan pendidikan di peringkat awal bagi merealisasikan hasrat perbandaran bersih dan hijau.

“Kita mahu generasi muda meneruskan legasi untuk kehidupan masa depan lebih baik menerusi pendedahan di sekolah bagi memupuk pelajar tentang kepentingan aspek pengasingan sampah,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zulkurnain berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Tong Pengasingan Sisa Makanan Kantin, sempena Anugerah Sekolah Sejahtera MPSJ 2017, di Laman Kenangan MPSJ, pagi ini.

Dalam perkembangan itu, 21 buah sekolah di kawasan pentadbiran MPSJ terlibat di bawah program berkenaan dengan 15 daripadanya adalah sekolah rendah sementara enam lagi melibatkan penyertaan sekolah menengah.

Mengangkat tema ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’, anugerah berkenaan menawarkan hadiah RM1,500 (Johan), RM1,000 (Naib Johan) dan RM800 bagi kategori Sekolah Rendah.

Sementara itu, bagi kategori Sekolah Menengah, juara bakal membawa pulang RM2,000 (Johan), RM1,500 (Naib Johan) dan RM1,000 (Tempat Ketiga).

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next