Selangorkini
SELANGOR

MPSJ: Kes denggi turun 40 peratus

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 23 OGOS: Kumulatif kes daftar denggi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan penurunan sehingga 40 peratus setakat 12 Ogos lalu.

Pemangku Yang DiPertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, penurunan ketara itu membabitkan 3,992 kes berbanding tempoh sama 6,616 kes, pada 2016.

“Walaupun menurun, kita tetap melaksanakan langkah berjaga-jaga dan proaktif menghapuskan pembiakan aedes dan denggi secara total.

“Bila membiak, ia tidak mengenal warna kulit dan asal usul, sebaliknya memberi kesan amat dasyat hingga membawa maut,” katanya pada sidang media, semalam.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Program Eksplorasi dan Majlis Pelancaran Skuad Cegah Denggi, di Sunway Lagoon.

Mohd Zulkurnain berkata, terdapat enam lokaliti hotspot demam denggi setakat minggu epid ke 32.

“Zon Subang Jaya mencatatkan tiga lokaliti hotspot sementara Seri Serdang, Seri Kembangan dan Kinrara masing-masing dengan satu lokaliti hotspot,” katanya.


Pengarang :