Selangorkini
NASIONAL

Najib tak berpijak realiti di mata rakyat

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 8 OGOS: Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak dinasihat untuk sedar diri kedudukan Umno-BN di mata rakyat kerana kajian terbaru menunjukkan parti pimpinan Najib berada dalam keadaan ‘bahaya’.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, menerusi kajian terbaru menunjukkan tahap kepuasan rakyat terhadap Umno-BN berada pada tahap paling rendah.

“Jadi, saya percaya bukan sahaja dia tidak berjaya rampas Selangor, tetapi Pakatan sendiri akan ke Putrajaya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno bahawa Shah Alam bakal menjadi katalis kepada usaha Umno-BN merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kata Najib, jika Shah Alam selaku ibu negeri berjaya dirampas, gelombang kebangkitan Umno-BN akan menjalar ke seluruh 22 parlimen di Selangor.

Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, beliau mahu Najib mengarahkan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar bertanding di kerusi DUN Kota Anggerik yang dimenanginya sejak dua penggal lalu.

=EZY=


Pengarang :