Selangorkini
PBT

Nor Azmi angkat sumpah Ahli Majlis MBPJ

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 OGOS: Nor Azmi Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini bagi mengantikan Shatiri Mansor yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Julai lalu.

Majlis mengangkat sumpah dan lafaz ikrar itu diadakan di hadapan Datuk Bandar, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain di Ibu Pejabat MBPJ.

Mohd Azizi berkata, Ahli Majlis ini akan menggalas tanggungjawab sebagai penggubal dasar MBPJ selari dengan dasar Kerajaan Negeri.

Katanya, selain itu, Ahli Majlis juga berperanan menggerakkan masyarakat untuk membabitkan diri secara langsung dalam program yang dianjurkan serta sebagai perantaraan antara MBPJ dan warga Petaling Jaya.

MBPJ“Komposisi Ahli Majlis yang berpendidikan dan pengalaman ini diharapkan dapat bekerja keras dan menjalin hubungan yang lebih akrab dengan masyarakat dikawasan zon pentadbirannya tanpa mengira kaum.

“Ia bagi membantu Petaling Jaya mencapai sasarannya serta mengalakkan masyarakat untuk turut sama ke arah merealisasikan hasrat MBPJ sebagai sebuah bandaraya Peneraju, Dinamik dan Lestari,” katanya dalam kenyataan.

=EZY=


Pengarang :