Pelaburan dari eropah, jana ekonomi mampan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Pelaburan dari eropah, jana ekonomi mampan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 13 OGOS : Pemeteraian pelaburan baru syarikat dari Eropah di Selangor bakal menjana pertumbuhan ekonomi mampan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkembangan positif itu membantu meningkatkan perolehan kewangan negeri untuk tempoh jangka panjang.


Beliau berkata, ia sekali gus mencipta pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat Selangor untuk lebih berdaya saing di peringkat global.

Azmin-Rakyat“Pelaburan ini tentunya dapat menjana pertumbuhan ekonomi mampan selain dapat mencipta peluang pekerjaan kepada anak-anak Selangor dalam bidang teknologi baru yang memerlukan kemahiran dan kepakaran.

“Ini satu perkembangan positif bagi Selangor untuk terus kukuh sebagai sebuah negeri membangun dan maju,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mendedahkan sebuah syarikat dari Eropah meninjau prospek pelaburan negeri dan bakal meletakkan nilai pelaburan sebanyak RM2 bilion.

Bagaimanapun katanya, pemeteraian mengenainya akan diumumkan selepas rangka kerja delegasi Selangor ke negara berkenaan, pertengahan Ogos ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin optimis kemudahan infrastruktur pelaburan negeri menjadi akses terpenting pemilihan Selangor.

“Bukan sahaja kemudahan infrastruktur sedia ada yang cukup lengkap, tetapi kerana pentadbiran intergriti dan bertangungjawab beri keyakinan kepada mereka untuk letakkan sejumlah pelaburan besar di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin bercakap kepada pemberita pada Pesta Makanan Tradisional Kelantan yang diadakan di Dewan Beringin Taman Seri Gombak, di sini, pagi ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next