Selangorkini
SUKANKINI

Pemain PKNS FC mampu sesuaikan diri tektikal Gartung

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 OGOS: Jurulatih PKNS FC, Sven Gartung mengakui pemainnya masih cuba menyesuaikan diri dengan teknik kejurulatihan yang diterapkan sejak membimbing pasukan itu.

Menurutnya, ada beberapa pemain yang boleh menterjemahkan segera corak permainan dimahukan ketika dalam pandang dan beliau percaya mereka mampu melakukannya.

“Ada pemain sudah menyesuaikan diri dengan corak permainan yang saya ingin terapkan.

GARTUNG1“Saya akui PKNS FC merupakan pasukan baru tetapi kita boleh melakukan yang terbaik selepas ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Gartung, 47 tahun dilantik menjadi jurulatih berkuatkuasa 17 Julai lalu bagi menggantikan E Elavarasan adalah warganegara Jerman yang mempunyai lesen kejurulatihan UEFA A.

Beliau merupakan bekas Pengarah Kejurulatihan Akademi Merah Kuning sejak Februari 2017.

Katanya, PKNS FC pastinya mahu melakukan yang terbaik pada empat lagi perlawanan sebelum Liga Super melabuhkan tirai musim ini.

Walaupun tersingkir awal dalam kempen Piala FA musim ini dan Piala Malaysia yang masih berbaki satu lagi perlawanan menentang Kuala Lumpur, beliau tetap percaya PKNS FC mampu merealisaikan sasaran ditetapkan.

“Kita mensasarkan untuk kekal dalam Liga Super musim ini. Itu keutamaan dan saya percaya kita mampu mencetuskan kebangkitan dengan baki tiga perlawanan liga,” katanya.


Pengarang :