Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Penjenamaan PPAS selaras ‘value for money’

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 8 OGOS: Projek penjenamaan semula Perpustakaan Awam Selangor di Sekinchan hanya menelan kos sekitar RM250,000 berbanding peruntukan asal kira-kira RM400,000 diberikan Kerajaan Negeri.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad berkata, ia merupakan penjimatan besar selaras konsep ‘value for money’ diamalkan Kerajaan Negeri dalam membangun dan menaik taraf perpustakaan.

“PPAS juga sangat gembira dan berbesar hati dengan sokongan tanpa belah bahagi oleh Kerajaan Negeri terhadap usaha merakyatkan perpustakaan di negeri ini.

“Malah, permohonan bajet juga ditingkatkan daripada RM1 juta sebelum ini kepada RM12 juta yang diterima pada tahun lalu.

PPAS2“Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sendiri sering berpesan bahawa PPAS perlu berpandangan jauh ke hadapan dan bersaing di peringkat Asia, bukan lagi negeri lain di Malaysia,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau mengiringi Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad menyempurnakan Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor Sekinchan, di sini, hari ini.

Mastura berkata, terdapat 45 perpustakaan bertaraf cawangan, pekan dan daerah dinaik taraf menerusi program ‘rebranding’ sejak Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) dan RMK11.

IMG_20170808_130245Katanya, setiap penjenamaan semula turut menunjukkan hasil membanggakan dengan sambutan mengalakkan komuniti setempat.

“Kita menerima 50 hingga 200 pengunjung setiap hari berbanding 10 atau 20 pengunjung sebelum ini.

“Ia menunjukkan perpustakaan mampu menarik minat masyarakat untuk kunjungi dan melepak seterusnya menerima ‘getaran positif’ daripadanya,” katanya.

=EZY=


Pengarang :