Selangorkini
GLOBAL

Pentagon siasat 2 kapal perang AS bertembung dalam 2 bulan

GLOBAL 22 OGOS: Pentagon akan menjalankan siasatan meluas terhadap beberapa kemalangan selepas dua insiden kapal perang negara itu bertembung dalam tempoh dua bulan.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), James Mattis, berkata siasatan akan dijalankan secara lebih meluas dan bukan hanya tertumpu kepada insiden terbaru, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Kapal perang tentera laut USS John McCain bertembung dengan sebuah kapal tangki Singapura menyebabkan 10 anak kapal hilang dan lima lagi cedera.

“Doa saya bersama kru kapal dan keluarga USS John McCain,” kata Mattis ketika lawatannya ke ibu kota Jordan, di sini.

Mattis berkata, Ketua Operasi Tentera Laut AS, Laksamana John Richardson, akan menyiasat punca kemalangan McCain dan pertembungan kapal perang AS milik Yokosuka, Armada Ketujuh berpusat di Jepun, tahun lalu.

Selain itu, katanya, kes membabitkan kapal pemusnah USS Fitzgerald, yang dilanggar kapal kargo, Jun lalu di luar pantai Jepun menyebabkan tujuh anak kapal maut.

=EZY=


Pengarang :