Selangorkini
SUKANKINI

Perangsang peruntuk RM1.45 juta laksana program Sukan Untuk Semua

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 OGOS: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) memperuntukkan RM1.45 juta tahun ini bagi menjayakan program Klinik Sukan Untuk Semua.

Pengarah Bersekutu, Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporatnya, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, progam tersebut merangkumi lapan jenis sukan di bawah Program Rangsangan Sukan Selangor (RSS).

“Antara acara sukan melibatkan boling (18 program), renang (8 program), badminton (8 program), berbasikal (14 program), skuasy (6 program), sepak takraw (9 program), memanah (13 program) dan bola sepak (10 program).

PERANGSANG-SELANGOR-LOGO“Selain itu, kita turut menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor (bawah 12 tahun) dan Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari (bawah 18 tahun),” katanya dalam kenyataan.

Fauzi berkata, matlamat utama program adalah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan golongan terpinggir serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Katanya, ia juga bertujuan menanamkan minat dan memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di Selangor untuk mempelajari dan menceburi bidang sukan.

Program Sukan Untuk Semua bermula sejak 2014 dengan melibatkan 13,873 peserta.

Bilangan itu termasuk Kejohanan Piala Raja Muda Selangor dan Kejohanan Piala Dato’ Mokhtar Dahari.


Pengarang :