Perkampungan Ilmu UNISEL cetus semangat pelajar ke menara gading | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

Perkampungan Ilmu UNISEL cetus semangat pelajar ke menara gading

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 OGOS: Seramai 360 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) diberi peluang merasai kehidupan di menara gading melalui Program Perkampungan Ilmu di Menara Gading PT3 & SPM 2017 di Universiti Selangor (UNISEL), hari ini.

Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan berkata, melalui program itu pelajar diberi pendedahan dan pengalaman mengenai suasana pembelajaran di universiti.


“Pendedahan ini mampu meningkatkan kesedaran pelajar agar lebih bersemangat serta pendorong melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

IMG_3185“Pelajar juga mendapat pendedahan mengenai teknik berkesan dalam menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan kelak,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Selain itu, kita juga dedahkan kepada mereka tentang kelebihan menyambung pengajian di UNISEL khusus bagi mereka yang lahir di Selangor.

“Kelebihan anak Selangor yang menyambung pengajian di UNISEL mahupun Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), mereka bakal mendapat hadiah anak masuk universiti sejumlah RM1,000 daripada keprihatinan Kerajaan Negeri.

“Mereka juga berpeluang merima wang saku RM800 sebulan selama dua hingga ke tiga bulan sementara menunggu proses pinjaman diluluskan,” katanya.

Amidi turut menjelaskan, program itu merupakan sebahagian daripada Program UNISEL Cakna yang bertujuan melahirkan pelajar holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam bidang manusiawi.

Tambahnya lagi, pihaknya menerima peruntukan sejumlah RM1 juta daripada Permerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menjayakan pelbagai program dalam mencapai transformasi dalam kalangan pelajar sekolah.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next