Persekutuan akui kejayaan pembangunan ekonomi Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Persekutuan akui kejayaan pembangunan ekonomi Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BATU CAVES, 12 OGOS : Kepesatan pembangunan ekonomi Selangor turut diakui pentadbiran Putrajaya di bawah seliaan Perbendaharaan Persekutuan, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Perbendaharaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada pertemuan bersama Mohamed Azmin, baru-baru ini.


“Dalam pertemuan itu, beliau mengakui Selangor merupakan negeri terkaya, termaju dan menyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

AZMIN“Kalau Selangor tidak menyumbang, ekonomi Malaysia lebih parah daripada apa yang berlaku sekarang,” kata Mohamed Azmin ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, di Padang Awam Kampung Baru Batu Caves, Gombak di sini, pagi ini.

Mohamed Azmin berkata, pada pertemuan itu juga beliau ‘terkejut’ dengan pendedahan Perbendaharaan Persekutuan bahawa Selangor menyumbang kepada hasil kutipan tertinggi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Walaupun kita menentang GST, tetapi faktor pertumbuhan ekonomi yang rancak, kita terpaksa menyumbang kepada cukai itu,” katanya.

Bagaimanapun kata Mohamed Azmin, pelaksanaan cukai rakus berkenaan akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Terdahulu, sejak 2008 pentadbiran Pakatan menerajui tampuk kepimpinan negeri, pelbagai kepesatan pembangunan negeri dilaksanakan demi manfaat rakyat.

Ia termasuk pembaikan dasar sedia ada dan pelaksanaan dasar pelaburan baru yang membuka peluang kepada perolehan pertumbuhan ekonomi negeri.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next