Petaling juara SUKSES 2017 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Petaling juara SUKSES 2017

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 OGOS: Daerah Petaling mengungguli Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) kali ke-12 apabila membawa pulang 45 emas, 25 perak dan 39 gangsa.

Mereka menewaskan Daerah Klang di tempat kedua yang berjaya mengutip 34 emas, 32 perak dan 29 gangsa.


Hulu Langat turut mempamerkan aksi terbaik dengan kutipan 25 emas, 28 perak dan 25 gangsa bagi menduduki tempat ketiga.

Selaku juara, Daerah Petaling yang diwakili Timbalan Datuk Bandar, Johary Anuar membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 dan trofi pusingan yang di sampaikan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

unknownSementara Daerah Gombak pula cemerlang menerusi Faris Hazim Jamaluddin dan Pavitthtra Das apabila masing-masing dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati SUKSES 2017.

Kedua-dua atlet berkenaan cemerlang dalam sukan olahraga dengan mengutip tiga emas serta berjaya memecahkan rekod lama kejohanan menerusi acara merejam lembing, lempar cakera serta larian 5,000 meter.

Amirudin berkata, kejohanan ini merupakan peluang Selangor mempersiapkan diri bagi kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang dijadualkan berlangsung di Perak.

unknown (1)“Kita mempunyai reputasi yang baik. Untuk SUKMA kita telah menjuarai hampir lapan kali. Terbaru pada 2016.

“Tahun hadapan kita berhadapan cabaran mempertahankan kejuaraan. SUKSES merupakan medan penting untuk menguji sistem pembangunan sukan di Selangor,” katanya pada Majlis Penutup SUKSES 2017 di Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (KGSSAAS), hari ini.

Katanya, semua persatuan sukan perlu memanfaatkan setiap peruntukan diberikan tambahan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM11 juta untuk tahun ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next