Selangorkini
GLOBAL

PM baharu Pakistan lantik 47 anggota Kabinet

ISLAMABAD 5 OGOS: Kerajaan Pakistan di bawah Perdana Menteri baharu Shahid Khaqan Abbasi membentuk Kabinet yang diisi sekutu pemimpin disingkirkan, Nawaz Sharif dalam rombakan bertujuan memperkuatkan sokongan menjelang pilihan raya pertengahan 2018 nanti.

Ishaq Dar, Menteri Kewangan paling berpengaruh di Pakistan, dilantik untuk jawatan sama, meskipun beliau menghadapi siasatan jenayah oleh Mahkamah Agung terhadapnya, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Selain itu, seorang lagi sekutu Sharif, Khawaja Asif akan menjadi Menteri Luar dan turut menerajui kementerian pertahanan dan tenaga.

Jumlah anggota kabinet itu adalah hampir dua kali ganda, menjadikan 47 ahli hadir di majlis mengangkat sumpah yang disiarkan menerusi televisyen, selepas upacara membaca al-Quran di negara yang mempunyai 190 juta penduduk Islam itu.

“Ia adalah pelantikan anggota kabinet paling ramai,” kata penulis dan penganalisis politik Pakistan, Zahid Hussain.

=EZY=


Pengarang :