Selangorkini
GLOBAL

Qatar buat aduan WTO ‘sekatan haram’

DOHA 2 OGOS: Qatar membuat aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) tentang ‘sekatan haram’ yang dilaksanakan oleh jiran-jirannya di Teluk, kata Kementerian Ekonomi dan Perdagangan kelmarin.

Kementerian itu berkata, aduan telah diserahkan kepada Badan Penyelesaian Sengketa WTO terhadap negara-negara terbabit yang terdiri daripada Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Aduan ini mendakwa bahawa sekatan oleh negara-negara Arab melanggar undang-undang teras WTO berkaitan perdagangan barang dan perkhidmatan di sam­ping mencabuli aspek perdaga­ngan melibatkan harta intelek

“Sekatan oleh Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE itu jelas melanggar peruntukan serta konvensyen undang-undang perdagangan antarabangsa,”

QATAR“Apatah lagi, sekatan haram seperti itu tidak pernah berlaku dalam rangka kerja blok ekonomi,” kata Menteri Ekonomi dan Perdagangan Qatar, Sheikh Ahmed bin Jassem bin Mohammed Al-Thani dalam satu kenyataan.

Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain mengenakan siri sekatan dan tuntutan ke atas Qatar selepas memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha pada 5 Jun lalu.

Empat negara itu menuduh Qatar menyokong pengganas dan terlalu berbaik dengan seteru Riyadh, Iran.

Qatar menafikan semua tuduhan tersebut.

Blok Arab Saudi itu antara lain, menuntut Qatar menutup rangkaian berita serantau, Al-Jazeera, merenggangkan hubungan dengan Iran dan menutup sebuah pangkalan tentera Turki di negara berkenaan.

Keempat-empat negara itu turut memanggil pulang duta ma­sing-masing dari Doha, mengusir rakyat Qatar dan melarang pesawat negara itu dari ruang udara mereka.

=EZY=


Pengarang :