Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Raja Shahreen tersenarai 60 Pemacu Ekonomi Malaysia

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 OGOS: Agenda Smart Selangor diaspirasikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mendapat perhatian majalah perniagaan berprestij, International Business Review of National Leaders, Businesses & Innovations, baru-baru ini.

Ia menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman sebagai salah seorang daripada ’60 Drivers of Malaysia’s Economy’ (60 Pemacu Ekonomi Malaysia).

Beliau diletakkan sebaris nama besar ekonomi Malaysia seperti Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group, Dato’ Seri Mohamed Nazir Abdul Razak.

Raja Shahreen dilantik Kerajaan Negeri sebagai Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) untuk mengetuai unit pemacu bagi merealisasikan agenda Selangor sebagai Smart State terulung di ASEAN menjelang 2025.

Smart Selangor memfokuskan kepada 12 domain iaitu ‘Smart Governance’, ‘Smart Development’, ‘Smart Digital Infrastructure’ dan ‘Smart Waste Management’, ‘Smart Education’, ‘Smart Energy’, ‘Smart Water Management’, ‘Smart Agro’, ‘Smart Transport and Mobility’, ‘Smart Safety and Security’, ‘Smart Disaster Management’ dan ‘Smart Healthcare.

Mula bertugas di MBI pada 2014, Raja Shahreen pernah memegang amanah sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Pos Malaysia Berhad dan Oman Oil Marketing Company.

International Business Review of National Leaders, Businesses & Innovations merupakan majalah terbitan The IBR Asia Group.

20840964_480331235666407_6321695281775717938_n


Pengarang :