Selangorkini
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2660/2690 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 29 OGOS: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang semakin lemah, di tengah-tengah ketegangan di Korea Utara dan bencana taufan di Texas, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan tidak berubah pada penutup semalam, 4.2660/2690 berbanding dolar.

Laporan berita mengenai mata wang Asia, termasuk ringgit, mengukuh hari ini selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandunya ke Utara Jepun.

“Pelabur juga melihat kepada impak banjir yang disebabkan ribut Tropika Harvey di Texas, yang digambarkan sebagai antara bencana terburuk di AS,” kata seorang peniaga.

ringgitTexas adalah kawasan penting bagi industri tenaga, kimia dan perkapalan AS, dan ia juga menempatkan kira-kira 30 peratus daripada kapasiti penyulingan AS, dan hampir separuh daripadanya kini ditutup disebabkan banjir berkenaan.

Peniaga itu berkata, dolar juga sebelum ini lemah berikutan kekurangan petunjuk mengenai dasar monetari AS, daripada Simposium Dasar Ekonomi tahunan yang diadakan Jackson Hole, minggu lalu.

Ringgit bagaimanapun diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1490/1524 daripada 3.1474/1510 pada Isnin dan lemah berbanding yen kepada 3.9188/9219 daripada 3.9052/9090, sebelumnya.

Unit tempatan itu merosot berbanding euro kepada 5.1034/1083 daripada 5.0902/0951 semalam dan berbanding pound, ia susut kepada 5.5155/5198 daripada 5.5019/5066, semalam.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :