Selangorkini
EKONOMI NASIONAL

Ringgit diniaga lebih tinggi berbanding dolar

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Ringgit dibuka secara marjinnya lebih tinggi pagi ini berbanding mata wang dolar.

Peniaga berkata, unit tempatan itu menerima sokongan daripada sentimen pembelian berterusan .

Pada jam 9 pagi unit tempatan itu didagangkan pada 4.2835/2865 berbanding mata wang AS lebih baik daripada semalam 4.2840/2870.

Berbanding mata wang lain, unit tempatan turut menunjukkan prestasi lebih baik kecuali berbanding euro.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :