Selangorkini
EKONOMI

Rizab Antarabangsa BNM RM431 bilion

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$100.4 bilion (bersamaan dengan RM431.0 bilion) pada 15 Ogos 2017, berbanding US$99.4 bilion (RM427 bilion) yang dicatatkan pada 31 Julai, 2017.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$93.9 bilion), kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 billion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).

Aset pula termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM431.021 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM5.355 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.434 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.829 billion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset lain (RM7.297 bilion).

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :