Selangor bakal terima pelaburan baru RM2 bilion | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Selangor bakal terima pelaburan baru RM2 bilion

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BATU CAVES, 12 OGOS : Selepas Jepun mengesahkan pemeteraian pelaburan di Selangor, sebuah negara dari Barat bakal meluaskan peluang pelaburan baru berjumlah RM2 bilion di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pengumuman mengenainya akan diputuskan selepas rangka kerja persefahaman membabitkan hubungan dua hala itu dimeterai.


“Pertengahan Ogos ini, saya ada lawatan kerja ke Eropah.

AZMIN ALI (2)“Namun, saya tidak mahu sebut nama syarikat dari Eropah ini sehinggalah selepas 25 Ogos ini.

“Mereka bersetuju melabur di Malaysia dan memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan dengan nilai pelaburan RM2 bilion,” katanya.

Mohamed Azmin percaya, kepercayaan pelabur luar terhadap ekonomi negeri bersandarkan faktor kestabilan dan intergriti diamalkan pentadbiran negeri kini.

“Mereka tidak memilih Pekan atau Bagan Datoh. Tapi negeri kita, Selangor Darul Ehsan,” sindir Mohamed Azmin.

Pekan dan Bagan Datoh merujuk kepada kawasan Parlimen di bawah Umno menerusi Presiden dan Naib Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi.

nagoya-jepunSebelum ini, Jepun memuktamadkan prospek pelaburan negeri RM1.2 bilion dengan pemeteraian usahasama berkenaan akan dijalankan penghujung Ogos ini.

Kerjasama itu bakal membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat Selangor selain mampu menjana perolehan pembangunan ekonomi negeri.

Terdahulu, Mohamed Azmin hadir pada Majlis Perasmian Karnival Inisiatif Peduli Rakyat di bawah usahamasa Kumpulan Perangsang Negeri dan Yayasan Hijrah Selangor di Padang Awam, Kampung Baru Batu Caves, Gombak, pagi ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next