Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor catat 1,067 kes denggi minggu epid ke-31

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OGOS: Kes denggi di Selangor mencatatkan 1,067 kes sehingga minggu epid ke-31, pada Julai lalu.

Wabak itu menyaksikan daerah Hulu Langat mencatatkan kes tertinggi iaitu pada 363 kes, diikuti Petaling 277 kes, Gombak (173), Klang (166), Sepang (30), Hulu Langat dan Hulu Selangor masing-masing 22 kes, manakala Kuala Selangor pula 10 serta Sabak Bernam empat.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, kes denggi itu meningkat 28 kes berbanding minggu epid ke-30.

“Oleh kerana kes itu meningkat di Hulu Langat mengatasi daerah Petaling, Kerajaan Negeri meminta Jabatan Kesihatan Negeri melaksanakan pencegahan secepat mungkin.

daroyah01“Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain membantu Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, PBT itu akan mengenal pasti hotspot dan bersamamembuat aktiviti kawalan setiap hujung minggu dalam tempoh dua bulan ini bagi melihat keberkesanannya.

Dr Daroyah berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas hasil kajian pelepasan nyamuk Wolbachia yang dilaksanakan, baru-baru ini.

Katanya, hal itu kerana pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memerlukan tempoh 15 minggu bagi melihat keberkesanannya.

Bagi tempoh itu juga, sebanyak 25 wabak baru dilaporkan, manakala 287 wabak terkawal dan 48 wabak tidak terkawal.

Manakala, sebanyak 79 kawasan hotspot dan 439 jumlah lokaliti wabak aktif direkodkan.


Pengarang :