Selangorkini
SELANGOR

SK Taman Sungai Besi Indah bergegar, punca dalam siasatan

KUALA LUMPUR 23 OGOS: Seramai 300 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sungai Besi Indah, Kajang, diarahkan keluar dari bangunan sekolah berikutan gegaran, petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3.20 petang itu, guru dan kakitangan sekolah mengarahkan semua pelajar sesi petang untuk berkumpul di kawasan tempat letak kereta, lapor BH ONLINE.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul, berkata dua jentera bomba dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, sebuah bangunan empat tingkat bergegar sehingga pihak sekolah melakukan tindakan mengosongkan bangunan berkenaan.

“Bomba Selangor turut memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Sani berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku akibat gegaran berkenaan serta ketika proses mengeluarkan murid.

Sehingga jam 8 malam tadi, pihak JKR masih menjalankan pemeriksaan, namun masih belum mengenal pasti punca gegaran itu.

=EZY=


Pengarang :