SMK Seksyen 24 sekolah angkat UNISEL | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

SMK Seksyen 24 sekolah angkat UNISEL

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 OGOS: Universiti Selangor (UNISEL) meneruskan program Sekolah Angkat yang dimulakan diperkenalkan sejak 2010 dengan memilih Sekolah Menengah Seksyen 24 (2), Shah Alam untuk program tahun ini.

Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan berkata, pihaknya sentiasa mengalukan kerjasama dengan sekolah di seluruh Selangor agar UNISEL dapat dijadikan mentor kepada pelajar.


“SMK Seksyen 24 (2) merupakan sekolah 22 yang kita pilih menjadi sekolah angkat UNISEL.

IMG_3176“Program ini diharap dapat mengukuhkan hubungan dengan masyarakat sekali gus dapat mempertingkat dan memperbaiki prestasi akademik pelajar dalam dan luar bandar,” katanya kepada Selangor Kini

Sementara itu, Guru Besar SMK Seksyen 24 (2), Norlia Abu Bakar berkata, beliau berbesar hati UNISEL memilih sekolah itu dan berharap ia berupaya meningkatkan pembangunan modal insan lebih berkualiti.

“Kita berharap selepas ini segala program kecemerlangan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa dan pelajar kami dapat mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin agar lebih bermotivasi dalam menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

IMG_3185“Kita juga dalam perancangan meneruskan Program perkampungan Ilmu di Menara Gading UNISEL bagi pelajar tingkatan empat supaya mereka juga dapat bersiap sedia lebih awal dalam menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Seramai 165 pelajar tingkatan lima dan 195 pelajar tingkatan tiga mengikuti Program Perkampungan Ilmu di Menara Gading PT3 & SPM 2017 di Kampus UNISEL Shah Alam, pagi tadi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next