Selangorkini
SELANGOR SUKANKINI

Stadium Shah Alam pertembungan akhir bola sepak Sukan Sea

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 OGOS: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan Stadium Shah Alam menjadi venue perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 antara Malaysia dan Thailand Selasa ini, 29 Ogos.

FAM dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dicapai selepas mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Lokman Hakim Ali di Hotel Hilton Petaling Jaya, pagi tadi.

Harga tiket bagi perlawanan penentuan pingat emas yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam dijual pada harga RM21.20 termasuk GST.

Sementara itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia dan Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada Selasa dengan sepak mula jam 4.30 petang.

=EZY=


Pengarang :