Selangorkini
SELANGOR

Sultan Selangor rasmi Ibu Pejabat PKNS

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 OGOS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Ibu Pejabat Korporat PKNS, di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut mengiringi, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof.

Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor dan Raja Muda Selangor turut berkenan melawat kemudahan di bangunan empat blok yang bercirikan ‘smart office’ itu.

Lawatan turut disertai Mohamed Azmin, Noraida, barisan Exco Negeri serta tetamu kehormat lain.

Sultan PKNSBerkeluasan 4.6 ekar, Ibu Pejabat Korporat PKNS dilengkapi insfrastruktur berteknologi tinggi dan tatarias moden dengan landskap indah di aras bumbung berlatarkan pemandangan Masjid Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri dan Taman Tasik Shah Alam.

Ia turut dilengkapi Auditorium Dato’ Harun Idris, Dataran Bisnes (One Stop Centre-OSC), Perpustakaan PKNS, Perhentian Bas Solar, Bas Elektrik, Taska Mutiara PKNS, Hijauan PKNS (rooftop garden), kawasan pejabat Blok B, kawasan pejabat Blok C dan bilik mesyuarat terapung, Dewan Aster dan Galeria.

Sebelum ini, Ibu Pejabat Korporat PKNS menerima pengiktirafan berganda Platinum Design Assessment of Green Building Index (GBI) daripada Green Building Index Accreditation Panel, Asia Pacific Property Awards Development oleh International Property Media of United Kingdom.

PKNS (1)Ia bagi kategori pembangunan pejabat terbaik Malaysia, Anugerah Best GBI Rated Corporate Office daripada Prestigious Developer Awards serta Anugerah Emas bagi kategori Commercial Low Rise daripada Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Tanggal 1 Ogos 2017 dipilih sebagai tarikh Perasmian Bangunan Ibu Pejabat Korporat PKNS bersempena ulang tahun penubuhan PKNS yang ke-53.

PKNS (2)

 

PKNS (6)

 

PKNS (4)

=EZY=


Pengarang :