Tadika KPKT Lembah Subang 1 tiada kebenaran merancang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Tadika KPKT Lembah Subang 1 tiada kebenaran merancang

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini mengesahkan sekolah tadika yang diasaskan Pejabat Pengurusan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 tidak memiliki kebenaran merancang.

Pengarah Komunikasi Korporat MBPJ, Haniza Abdul Hamid berkata, Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ juga sudah memberi notis pemberitahuan kepada pengurusan tadika berkenaan, pada Julai lalu sebelum mengambil langkah seterusnya.


“Mereka perlu mendapatkan kebenaran merancang dahulu dan selepas itu baru boleh memohon lesen untuk beroperasi tetapi tiada permohonan dibuat.

“Pada masa ini, MBPJ sudah memberi notis pemberitahuan memaklumkan kepada pengusaha tadika berkenaan kesalahan yang dilakukan dan jika berdegil, kita akan keluarkan notis pengosongan premis diikuti notis meroboh,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, selain notis pemberitahuan kepada tadika terbabit, MBPJ sebelum ini turut menyerahkan notis mengosongkan bangunan dan meroboh terhadap Pejabat Pengurusan KPKT sendiri.

Terdahulu, Persatuan Penduduk Penduduk Blok A, B dan C, Fasa 2, Taman Putra mendakwa tadika terlibat tidak mendapatkan sijil menduduki daripada pihak bertanggungjawab.

Selain itu, bekalan air sekolah itu diperolehi dengan satu sambungan haram sebelum jangka (meter) salah sebuah unit berhampiran menyebabkan sekolah terbabit tidak memiliki unit jangkanya sendiri.

Bekalan elektriknya juga tidak memiliki jangka sendiri dan hanya disambung terus dengan salah sebuah unit di tingkat 1, sekali gus membahayakan murid juga guru.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next