Selangorkini
GLOBAL

Taufan Harvey: Trump isytihar darurat

GLOBAL 26 OGOS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani pengisytiharan darurat bencana berhubung taufan Harvey yang melanda negara itu.

Taufan Harvey dikatakan lebih dahsyat berbanding Katrina dan Sandy dengan kelajuan angin mencapai 251 km sejam.

Pusat Taufan Negara memaklumkan taufan berkelajuan 200 kilometer sejam yang membawa hujan lebat, sudahpun berada di persisiran Teluk Texas.

Seramai enam juta dipercayai tinggal disepanjang laluan taufan Harvey serta bakal menjejaskan pengeluaran minyak di kawasan itu.

21032663_2067384299970646_4993485395081910358_nBeberapa stesen minyak di kawasan itu turut mengalami kekurangan bekalan ekoran peningkatan penggunaan orang ramai untuk berpindah daripada kawasan dijangkakan terjejas teruk.

Dilaporkan kira-kira lebih 140,000 pengguna menghadapi gangguan bekalan elektrik ekoran kejadian itu yang dianggap terburuk lebih daripada 12 tahun.

=EZY=


Pengarang :