Selangorkini
SELANGOR

Tiga empangan catat 100% kapasiti air

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 OGOS: Kapasiti air di beberapa empangan sekitar Selangor berada pada tahap baik dan memberangsangkan seperti dilaporkan laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (Luas), www.luas.gov.my

Menurut laman sesawang LUAS, mendapati tiga empangan berada di tahap 100 peratus.

Tiga empangan tersebut adalah empangan Semenyih, Langat dan Klang Gates.

Takungan air di empangan Sungai Selangor pula terus berada pada tahap 99.17 peratus.

Bagi Empangan Batu, mencatatkan pada kadar takungan 82.31 peratus manakala empangan Tasik Subang mencatatkan 94.80 peratus.

Kolam Takungan Sungai Labu (ORS) pula mencatatkan paras empangan 99.24 peratus dan Sungai Tinggi pada paras 98.45 peratus.

=EZY=


Pengarang :