Selangorkini
SHAH ALAM 05 AUGUST 2017. Sebahagian pengungjung yang tidak dibenarkan masuk ke gerai “Makan Sampai Pengsan” Kendurian berikut masalah durian yang tidak masak di Dataran Kemerdekaan. STR/SHAZREEN ZAMZURI
PELANCONGAN SELANGOR

Tourism Selangor tak terlibat anjur Kendurian

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 OGOS: Tourism Selangor menafikan terbabit secara penganjuran dengan program Kendurian 2017 yang diadakan di Selangor Food Mega Festival 2017, di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Dalam satu status yang dipetik dari laman rasmi Facebook Tourism Selangor, agensi itu menafikan terlibat secara penganjuran dengan program kendurian 2017 atau pesta makan durian itu.

“Tourism Selangor bukan penganjur Selangor Food Mega Festival atau Kendurian 2017.

“Oleh itu, pihak kami tidak terbabit secara langsung atas apa-apa perkara yang berlaku dalam program berkenaan,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Tourism hanya membantu dari segi promosi memandangkan ia dianjurkan di dalam Selangor.

Tourism Selangor turut mempersoalkan berikutan poster penganjuran yang tersebar terdapat logo agensi berkenaan.

=EZY=


Pengarang :